|
Terdapat dua kaedah ternakan yang
dijalankan iaitu kaedah separa-intensif (lepas bebas di
dalam kawasan berpagar dan diberi makanan tambahan untuk memenuhi
keperluan makanan) dan juga cara Fidlot. Pada peringkat pertama
lembu-lembu akan diternak secara fidlot dan dijangka akan di pelihara
sehingga tiga bulan dan pasaran pertama di jangka pada berlaku dalam
musim perayaan hari raya AidilAdha nanti iaitu dimulai dengan penjualan
lembu untuk tujuan qurban atau aqiqah.
Jenis-jenis lembu yang
diternak pula adalah dari baka yang sesuai dengan keadaan suhu dan cuaca
tempatan seperti dari jenis KK, Brahman.
Manakala jenis kambing yang
diternak pula ialah dari jenis Boer dan Jamnapari, iaitu kambing jenis
pedaging. |