Make your own free website on Tripod.com
Home Kata Aluan Profail Penternakan Ladang Galeri Aktiviti Lokasi Hubungi kami

Profail

PENGENALAN SYARIKAT

 

Syarikat Dusun Jaya ( Kelantan ) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang beroperasi berasaskan bidang penternakan, iaitu ternakan lembu pedaging dan kambing pedaging.Syarikat ini memilih untuk memulakan projek ternakan ini di kawasan tanah seluas 45 ekar, terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan, yang mana kawasan tersebut pada mulanya merupakan kawasan ladang getah yang  tidak diusahakan lagi. Justeru, melihat potensi kawasan tersebut yang sesuai untuk memulakan projek ternakan, Syarikat Dusun Jaya ( Kelantan ) Sdn Bhd telah membeli kawasan tersebut dari penduduk tempatan.

     Pada peringkat permulaan, Syarikat Dusun Jaya ( Kelantan ) Sdn Bhd, memulakan usaha dengan membina kandang lembu fidlot seluas 240 x 40 kaki persegi yang boleh memuatkan lebih kurang 1000 ekor ternakan pada satu-satu masa. Kemudian diikuti dengan pembinaan dua buah kandang kambing yang boleh menempatkan lebih kurang 500 ekor ternakan pada satu satu masa.

     Selaras dengan saranan kerajaan untuk mencapai sasaran ternakan berjumlah satu juta ekor lembu untuk memenuhi keperluan tempatan  serta mengurangkan import pada tahun 2010, Syarikat Dusun Jaya ( Kelantan ) Sdn Bhd terus memperkembangkan usaha dengan menambah bilangan ternakan dan merangka strategi pemasaran secara lebih terancang.

Wawasan

Visi

Misi

Home

keatas